Saturday, December 6, 2008

selamat hari raya aidil adha

ku ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada mereka yang membaca blog hampeh ni...haha, semoga segala perkerjaan anda dberkati oleh yang maha esa..

Thursday, November 27, 2008

fikirkan sejenak

Hidup ini penuh dengan warna warni bertemu , bermesra dan berpisah , itu adalah lumrah dunia. Bagi mereka yang mempunyai ketahanan mental dan emosi , ini semua adalah dugaan yang sentiasa diharungi dengan ketakwaan. Pertemuan antara dua insan akan membuahkan sesuatu perasaan yang akan membawa kepada kebahagian atau kegagalan. Ini adalah antara anugerah yang tidak ternilai 'perasaan cinta'. Namum pencarian cinta pasti akan ada jiwa yang terpaksa dikorbankan antara mencintai orang yang kita cintai atau mencintai orang yang mencintai kita. Pilihan yang tepat pasti akan menuju kebahagian.Cintailah orang yang mencintai kita.Tidak semua apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan kerana itu semua adalah ketentuan allah, hanya tuhan tahu ape yang terbaik untuk kita semua, jika allah menjadikan seseorang bukan untuk kita , jangan kita tangisi ape yang bukan milik kita kerana allah telah menentukan sesuatu yang istimewa untuk kita yang sentiasa bersabar.Pertemuan dan perpisahan bukan milik kita .kita bertemu dan berpisah hanya kerana allah.

cintai ilahi itu yang abadi.

 

p/s jika terasa bosan membaca cuba dengar lagu 'pertempuran hati-netral' sound good...

Thursday, October 16, 2008

17 minit 32 saat...




  Dalam masa seringkas ini , aku berjaya menyiapkan logo utk kelab bola jaring awex-awex office aku, ringkas aje.. tapi tidak berapa susah.. nama pun wonder girl's.. diambil dari cerita wonder pets.. haha.. aku harap diorg akan terpegun melihat logo seringkas ini. kejayaan tidak akan dikecapi oleh team myvians girls..

Tuesday, October 14, 2008

aweks...

aku x tau ape yang mereka suka sangat neh...

awex-awex office aku.. 

setiap jalan akan ada penghujung...
setiap cahaya akan tiba malam gelita...
walau kita cuba mencari ape sahaja ...
pasti kita akan ketemu jua...
dimana kehendak disitu pengangan lurus manerangi kita..
sekian...

Sunday, October 5, 2008

haha.. sukanya aku..

selamat hari lahir utk aku...o5 oct..

Wednesday, September 24, 2008

seposen saja kah....

ahhh... itu saja yang aku terima atas mesyuarat petang tadi, dari RM2.70 kepada RM2.60, macam tidak masuk akal yang waras.Tapi mungkin ada alasan yang tertentu yang cuba diselindungkan oleh mereka berkola putih ini. walau seposen sahaja tidak boleh disepak ketepi. aku mesti menerimanya dgn hati yang berkecamuk. inikah hadiah hari raya tahun ini. Ampau seposen sahaja.huhu.. bagi mereka yang berkola putih ini , aku harap mereka berfikir sejenak tentang kewarasan mereka supaya tidak akan ada penyesalan pada kemudan hari...kebangkitan rakyat... 

Tuesday, September 23, 2008

RM32.00^^


keindahan makanan

istana budaya


BUFFET RAMADHAN 2008 
CAFE D'JALA MAS 
Istana Budaya, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur 
Tidak sepatutnya , bagi mereka yg tidak mampu menghabiskan semuanya, akan tetapi manusia makan untuk hidup ,bukanya hidup untuk makan.Bagi aku itu semua adalah lumrah hidup, kadang-kadang terpaksa mengikut hawa nafsu yang membuak-buak (walaupun syaitan dirantai) berkat akar tunjang ajaran yang kukuh kita mampu manafikanya.Menu yang agak malazatkan dangan kuih muih, laksa,mee,bihun, lauk-pauk berasakan ayam,berbagai variasi makanan laut,air campuran warna prima,makan  ruji orang asia ,alunan muzik malaysia "warisan, wanita, jiwaragaku serah" dan juga menu yang tidak sempat dlihat dek kelaparan yg tidak menentu. Sebelum melayan keindahan lauk pauk sempat ku menghantar MMS kepada seorang kawan yang begitu ku ingat sentiasa walaupun dia buat tak tau je"ceh" reply nya agak sama ,keindahan makan. pergi ku bersama passo merah jd99 power, (aku hanya mampu duduk dibelakang mcm boss). waktu pulang ku sudah tiba, kl sentral detinasiku (ktm), aku tidak sempat mengejarnya tanpa pengetahuanya, jika dia tahu akan kedatangan ku , emmm mungkin dia lari kot..haha.. tapi itu semuanya pengajaran yg aku perolehi selama hidup yg indah ini. huhu..akan aku teruskan perjuangan ...

Thursday, September 11, 2008

kejar sahaja dinding itu...

1) Dari bujang -- kahwin No 1 ---- no.2 -----No 3------- DLL.
2) Dari pakai kapcai --- kancil -- Honda--- BMW---- seterusnye..
3) Badminton ----- Tennis-----Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- bunglow...
5) supervisor ----- engineer --- manager------GM-------
6) Tv 14' --- 21" --- 42" ---- Home theatre...
7) Sg Tekali --- Port dickson --- langkawi ---- Bangkok---New York..
8) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)......
Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour..
TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"…

anyway.. selamat berbuka / tarawih / sahur...

sambil duduk menunggu seseorang...

''Sekadar setitis ilmu PENTING NI....!!!!!! *
Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kalakitaterlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahuapakah keburukan menguap.
Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah.. kan manis gitu..Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yangkeluardihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai....huargh.....huh....haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatanmenguapini.Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah sayaditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitansangatmenyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagisyaitan..? astarafilullah. .! begitu rupanya....lalainya saya.Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlahmengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istirifar selepas menguapsupayakita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita inipenuhdengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usahakita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanankepadaALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan....In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satudansaya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu,kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...''
petikan dari email posthotz

Sunday, August 31, 2008

$@L@M RaM@daN



'Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa'.
Al-Baqarah ayat 183

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda maksudnya: “Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” (Hadith Qudsi Riwayat Muslim)

bermulalah perjuangan umat islam di bulan ramadan menahan nafsu daripada melakukan pekara-pekara yang mambatalkan puasa...bagi penghuni 52c kuala lumpur,akan sedaya upaya menyempurnakan ibadah yang diturunkan oleh yang maha kuasa.. selamat menyambut ramadan utk "aku punya family,saudara mara, fikirinlicinfikri, chot, faredoshi, bucitman, kamarulnbx, zul besi ,miss yaya,miss mona,miss nrul,miss faza ,geng jahat , smtk school , dan tidak lupa kepada mereka yang mambaca blog yang kadang-kadang update kadang -kadang tak update...

Thursday, August 21, 2008

sekali boleh tukar da..



Korang semua menukarkan nama My Computer dan Network Neighborhood, tetapi nama Recycle Bin tidak boleh tukar kan..haha.? boleh tukar sebenarnya … menggantikan nama Recycle Bin dengan menyunting Registry. Mula-mula, klik Start > Run, kemudian taipkan regedit lalu tekan Enter. Sebuah tetingkap Registry Editor akan muncul. Sekarang pergilah ke bahagian HKEY_CLASSES_ROOT,seterusnya turun ke bawah dan cari bahagian CLSID. Pastu klik dua kali pada bahagian CLSID itu dan kemudian pergi ke segmen yang bernombor seperti berikut {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E} dan seterusnya pergi ke bahagian ShellFolder. Di sini korang akan melihat nilai Attributes yang dipaparkan dengan nilai binari 40 01 00 20. Klik dua kali pada Attributes yang terletak panel sebelah kanan dan sebuah tetingkap Edit Binary Value akan muncul. Kemudian tukarkan nilai 40 itu kepada 50 dan pilih OK. Nilai binari akan menjadi 50 01 00 20. Kemudian tutup Regedit dan kembali ke desktop . Kemudian, klik kanan pada Recycle Bin dan korang akan dapat lihat perintah Rename pada senarai perintah itu. Korang juga boleh mengklik pada Recycle Bin dan menekan kekunci fungsi F2 untuk mengganti namanya dengan nama yang anda inginkan. Haha.. selamat mencuba…

Tuesday, May 13, 2008

Idaman aku


Kereta idaman aku 'Skyline GTR'. walaupun versi terbaru telah dikeluarkan 'Nissan GTR', namun aku masih lagi mengidamkanya , tapi apakan daya , harganya mencecah ratusan ribu ringgit. Gambar sahaja akan menjadi milik ku.. huhu

Tip utk teruna dan dara

Setiap permasalahan ade jalan penyelesainya , tip ini khas kepada mereka yang belum berkahwin sahaja .Dlm blog ini aku akan berkongsi penyelesianya.Tips khas ini untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga pada masa akan datang.Waktu yang paling sesuai utk menonjolkan diri adalah di hari raya (puasa n haji) akan tetapi hari biasa pun boleh juga tapi biarlah kena dengan konsepnya, jangan lepaskan peluang untuk menziarahi rumah "kekasih" . Inilah masanya untuk mengenali ibu & bapa bakal mertua , dan inilah juga masanya ibu & bapa bakal mertua ingin mengenali kita.

Seelok-eloknya.. kalau nak datang ke rumah kekasih tu.. pastikanlah pakaian anda itu kemas dan sejuk je mata memandangnya. haha...Bagi lelaki..elokla kalau kita pakai baju melayu (ini kalau hari petama la) tapi kalau dah seminggu lepas raya.. takkan nak pakai baju melayu pulak .. nanti mesti bakal mertua cakap ‘ape ke hey dia ni’ dah kene kutuk free je. Kalau macam tu.. boleh lah juga pakai baju kemeja lengan pendek yang berkotak.. cuba elakkan memakai baju t-shirt yang tidak berkolar. mungkin kita lebih selesa pakai baju t-shirt dan seluar jeans sahaja.. maklumlah.. darah muda + rock+ coll (coll la sangat). Tapi.. hakikatnya.. first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua kita bahawa anda adalah seorang lelaki yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua apabila melihat kita berpakaian kemas.. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada kita.Janganla datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah, hantu main gitar siap naik motor coper lagi" ... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" siap rempit lagi.. huhu .. memang mengucap panjang la…Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Aku rasa tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.

Berkenaan membawa rakan pula, kalau kita malu-malu kucing siam atau terlalu gementar.. minta lah rakan utk temankan, tapi janganlah sampai 7-8 orang... kalu rumah kayu.. runtuh pulak..seorang dua sahaja sudah mencukupi...Minta rakan yang paling rapat menemani kita . Tapi.. kena pastikan juga.. janganlah membawa rakan yang terlalu hensem atau terlalu cantik mengalahkan kita. Nanti.. lain pula ceritanya. He.. he.. Kalau tiada rakan yang sesuai.. bawa sahaja adik, akak atau abang , Tapi lagi elok kalau dapat bawa ibu & bapa anda sekali.. ha! ha! ha!...ini untuk hari lain la selepas hari ini.. ape da..

Satu perkara yang biasa dialami apabila bertemu dengan bakal mertua.. apakah topik yang ingin bualkan?.. peh.. ini memang agak kritikal, lebih-lebih lagi jika kita adalah seorang yang pendiam mcm aku ni... tak kan nak tunggu bapa/ibu mereka tanya soalan, susah la beb mcm tu…Jika kita tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan.. sebelum datang tu . Tanya kekasih kita terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih tu...dari situ. bolehlah kita membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan. Jika ibu-bapa kekasih tu guru.. kita kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke, kes guru baling kerusi ke (dalam metro hari ini)... kes kematian guru jatuh bangunan ke.. isu peperiksaan SPM ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.mungkin kurang kita minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. korang nak tak anak dia? Ha.. kalu nak .. terpaksa la kan..untuk menambat hati bakal mertua kita jugak kan...kita perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua kita minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua tu adalah pegawai penyelidik dan kita sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia.bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. beras, gula,babi,khairi jamaludin , isu raja-raja,karpal singh, kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. Walau apa-apa pun isu yang kita bualkan nanti.. pastikan kita bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua kita tu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk kita berbahas dan menunjukkan kehebatan berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Sebenarnya aku dapat tip ini daripada seorang kawan sewaktu aku kursus induksi dan tip ini juga aku kongsikan dgn rakan-rakan induksi untuk ucapan umum induksi lalu. Mintak-mintak la lulus. Hehe..namum aku masih belum mencubanya..akan tetapi kawan aku tu telah melakukanya .. dan dia dah ada 2 orang anak dah…

Selamat mencuba..kalu tak jadi tu .. jodoh kita tak sampai lagi.. masa akan menetukan..banyakkan berdoa..

Wednesday, May 7, 2008

Anak-Anak Tahun 2020


ash...
anak kawan aku.. ataq.. sewaktu aku singgah di rumahnya di semenyih, mula dia ni malu-malu , lama kelamaan dia mampu senyum kat aku, mungkin sebab aku ini nampak macam orang yang baik-baik kot..hehe.. nama panggilan dia ash.. manja sgt dengan bapak dia..
anak liza
ni pulak anak liza satu office dengan aku..tapi aku tak ingat nama anak dia sebab orang zaman sekarang letak nama anak panjang-panjang , kira kurang bernasib baik la cikgu-cikgu yang mengajar budak zaman sekarang.. nama terlampau panjang..hehe.. mungkin satu hari nanti aku akan letak gambar anak aku dlm blog ini..nantikan ..hehe



Monday, May 5, 2008

Penawar Dalam Dilema

  • Semalam Astro Oasis 106 telah memparkan satu kisah yang selama dirahsiakan dari dunia perubatan moden iaitu bagaimana mengubati penyakit AIDS dan BARAH .’Halalbio’ judul cerita ini mendedahkan bagaimana kaedah rawatan yang tidak memerlukan kos yang tinggi bagi merawat perlbagai penyakit kronik seperti AIDS dan Barah , sebaliknya penyelidikan ini bagaikan disembunyikan oleh sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan di dalam industri "pharmaceutical" , dan ubatan moden. Kaedah untuk merawat penyakit AIDS ‘Treatment of Blood and/or Other Body Fluids and/or Synthetic Fluids with Electric Forces’ iaitu penggunaan arus elektrik bagi merawat sel darah manusia yang mempunyai virus HIV. Dalam sel darah terdapat selaput ‘protein’ yang menghalang sel darah putih menghapuskanya. System arus elektrik ini digunakan untuk memecahkan selaput ‘protein’ dan membenarkan sel darah putih membunuhnya sekaligus menukar sel berkenaan kepada sel normal. Jika sel berkenaan menjadi normal sel-sel ini dapat membantu dalam menyahkan sel yang tidak sepatutnya dalam badan. Jika kajian system arus elektrik ini teruskan , ini akan menyebabkan perubatan yang bernilai berjuta-juta dollar untuk membina mesin ‘kimo’ dan ubatan moden akan kerugian dek perubatan yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Namum doctor yang memperkenalkan (Dr.robert beck) telah mati , ada yang menyatakan beliau dibunuh oleh mereka yang mempunyai kepertingan perubatan jutaan ringgit.
    Bagi merawat penyakit BARAH kaedah yang digunakan adalah mengunakan vitamin b17 atau Amygdalin atau Laetrial . menurut kajian bahan ini paling berkesan dalam merawat sel barah . ianya berfungsi seperti diatas tadi. Vitamin ini paling banyak terdapat dalam biji apricot. Jika anda ingin maklumat lanjut sila taipkan ‘vitamin b17’ dalam google atau yahoo. Anda akan lebih memahaminya. Antara khasiat Khasiat Vitamin B17
  • Membasmi sel barah
  • Meningkatkan selera makan
  • Menurunkan tekanan darah
  • Menambahkan sel darah merah (haemoglobin)
  • Mengurangkan kesakitan badan
  • Melegakan kesakitan pesakit-pesakit barah 140mg vitamin B17 sehari boleh mencegah dari jangkitan barah( menurut Dr. Ernest T. Krebs, Jr.), seperti yang kita telah ketahui bahawa vitamin C boleh mencegah 'scurvy' dan vitamin B6 boleh mencegah 'beri-beri'.
    Ramai pesakit barah yang telah disembuhkan mengunakan kaedah dan mengakui kaedah ini amat berkesan, akan tetapi mereka yang mendedahkan keberkesanan ini akan disiasat oleh badan perubatan dan pegawai perubatan yang mengamalkan perubatan ini akan ditarik balik lesen perubatan mereka sekali gus menyebabkan kaedah rawatan ini tidak didedahkan secara langsung bagi melindungi kaedah rawatan komesil yang memberi kepentingan sesetengah pihak.Terdapat juga Negara yang menggalakan kajian kaedah ini ,negara yang tidak mengharamkan kaedah perubatan ini adalah mexico , dan ramai doctor yang ditarik balik lesen perubatan berpindah ke mexico bagi menjalankan kajian terperinci kaedah ini. tidak dapat pasti samaada nagara Malaysia menerima kaedah ini sebagai perubatan yang disahkan dan boleh digunapakai di hospital dan klinik di Malaysia.,daripada pemerhatian sehingga sekarang kerajaan telah mengalakan kaedah perubatan herba di’RND’kan untuk digunakan sebagai perubatan alternative pada masa akan datang.

    Rujukan :
    http://login.totalweblite.com

Friday, May 2, 2008

Bantuan 'Gadis Hilang'


Hari ini aku masih lagi menerima email dari rakan-rakan berkenaan dengan kehilangan insan tersayang,mungkin blog aku ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam penyelesaikan permasaalahan ini. Berikut email yang dihantar
Tuan tuan & Puan puan,Malam tadi 22/4/08 pada jam 12.30 mlm saya telah didatangi oleh jiran saya En Bakri. Kami tinggal di Pangsapuri Casmaria Taman Samudera Bt Caves Selangor. En Bakri sedang menghadapi masaalah yang sering kita dengar & baca dalam media sejak akhir - akhir ini. Beliau sedang diuji diatas kehilangan anaknya. Harapan kami penduduk Pangsapuri Casmaria agar tuan & puan dapat menghulurkan bantuan doa & memberi maklumat sekiranya bertemu gadis yg mungkin menjadi mangsa penculikan ini.
Nama Penuh : Nurul Nor Bahirah
Panggilan : Bahirah
Umur : 18 thn
Jantina : Perempuan
Warna Kulit : Hitam Manis
Ketinggian : 5 kaki lebih
Kronologi Hilang : 21/4/08 (Isnin) Bahirah seorang diri menuju ke Sekolah Menengah Teknik Shah Alam.Tujuan ke SM Teknik Shah Alam adalah untuk mendapatkan chop pengesahan sijil kerana Bahirah telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.Jam 9.00 pagi 21/4/08 bapanya Mohd Bakri menghantar Bahirah ke stesen LRT Sentul. Jam 11.00 pagi ibu Bahirah menaliponnya dan Bahirah menyatakan telah sampai di Stesen Komuter Batu 3 Shah Alam dan ketika itu Bahirah memaklumkan yg beliau sdg bersarapan seorang diri di stesen komuter tersebut.Jam 1.00 tghari ibu Bahirah menghubunginya sekali lagi tetapi panggilan tidak berjawab.Sejak keluar dari rumahnya pada 21/4/2008 sehingga sekarang Bahirah telah tidak pulang kerumahnya dan no taliponnya 017 - 6256803 gagal dihubungi.Lapuran polis di IPD Selayang & Sentul telah dibuat pada 22/4/2008. No talipon En Bakri 012 - 2813136. No talipon saya penulis & pengirim asal email ini Kamal Ariffin (AJK Persatuan Penduduk) 016 - 2799248 / 017 - 2468325. No talipon Mejar (B) Wan Chik ( Pengerusi Persatuan Penduduk) 013 - 2093749.Mohon tuan & puan forwardkan email & makluman ini kepada seluruh penduduk Malaysia .Sekian Terima Kasih.Kamal Ariffin KamaruzzamanNo KP : 661015086117No Tel Pjbt : 03 - 61458607 / 610Tarikh : 23/4/2008

Monday, April 28, 2008

Friendly match JB FC vs. Procc



2-1 kemenangan Chelsea keatas MU pada malam minggu (26/04/2008), maka bermulalah pertempuran persahabatan antara JB FC vs Procc (team proton club) berlangsung jam 10.15 mlm di arena Sport Planet Ampang. Perlawanan tersebut atas jemputan Procc untuk memantapkan lagi skill masing-masing.pertarungan hebat tersebut berlangsung selama 2 jam , namun tidak semua akan beraksi selama itu, pertukaran demi pertukaran dilakukan setiap masa supaya semua yang hadir dapat mengasah skill dan meningkatkan stamina masing-masing. Setiap apa-apa perlawanan mesti ada ketidakpuashatian antara permain , akan tetapi oleh kerana kamatangan permain dan atas nama persahabatan pergaduhan dapat dielakan sekaliguskan merancakkan lagi perlawanan tersebut. Oleh kerana kecerderaan tangan masih lagi ditahap 60% mambantutkan aku utk berkerja keras menangani asakkan , akan tetapi aku tetap dapat menjaringkan gol…hehe..kemenangan ? semua menang tiada yang kalah kerana tujuan perlawanan adalah persahabatan tiada kalah menang.Para pemain yang beraksi utk JB FC ismai,wan,Salleh,Faizal,zul macha,Junaidi aka cendoi,zul ,Fauzi, amin, kawan zul macha, adik zul dan aku sendiri jersi no 12 tula, seperti biasa lepas main gi minum borak-borak sambil kutuk membe sendiri..haha..majulah sukan utk negara (ni selalu aku dgr nie...isk isk)


Wednesday, April 16, 2008

Harga oh Harga

Apesal harga nasi goreng ikan masin ni dah RM4.00, setahu aku kat kedai mamak ni baru RM3.50 sahaja, cekik darah ke mamak ni, ciss punya mamak, wei kira balik berapa?” itu yang dilapaskan oleh seorang rakan aku ketika makan ptg di cheras, aku tidak menyedari kenaikan harga barang keperluan memberi impak yg begitu ketara dlm menguruskan perbelanjaan harian. Apabila aku membaca keratan akhbar pagi ini baru aku menyedari punca kenaikan harga barang keperluan adalah berpunca daripada krisis makanan dunia yang semakin meruncing.apa yang aku faham kenaikan harga makanan dunia berpunca kenaikan berterusan harga minyak mentah, percambahan ekonomi negara membangun,kejatuhan harga mata wang dolar ,permintaan terhadap barang keperluan bertambah sedangkan % pengeluaran barang keperluan masih lagi kecil dan keadaan iklim dunia yang tidak menentu. Kenaikan harga barang mungkin tidak memberi kesan terdadap yang besar mereka yang berstatus bujang akan tetapi ianya kesan bagi mereka yang sudah berkeluarga.Sedang aku asyik mendengar lagu cold play (fix u) sambil mencoretkan warkah ini aku melihat beberapa wanita dan gadis sedang enak menikmati makanan ruji (nasi + ayam goreng kak zah+ kuah pajeri nenas + syur kobis) sambil berbincang strategi-strategi bagaimana utk menjatuhkan pihak lawan dalam sukan antara bahagian,adakah mereka sedar makanan yang mereka nikmati telah mengalami perningkatan dari segi harga…emmm aku rasa mereka sudah merasa tempiasnya “ kak zah dah mahal la sekarang, ini pun dah dkt RM4.00 , aku rasa kak zah nak naik haji 2 kali setahun ni” tergelak jgk aku mendengarnya tapi aku harus ‘cover’ takut-takut mereka sedar percakapan mereka telah dirakam melalui penulisan..hehehe..walaupun harga telah naik mereka tetap menikmati hingga ke butiran nasi terakhir., aku terfikir bagaimana nasib negara islam yang miskin seperti magribi apakah tindakan mereka mengekang kanaikan harga makan ini ?. Jika aku jadi pedana menteri pening jugak otak aku memikirkanya. Bersyukurlah kerana aku tinggal di bumi Malaysia ini yang kaya dgn pelbagai jenis makanan. Bagi aku perbelanjaan harian utk masa akan datang wajib diatur bagi mengelakkan inflasi terhadap diri aku sendiri., aku berharap krisis makanan sedunia akan berakhir secepat yang mungkin.


Monday, April 14, 2008

Fikirkan bersama...

Ah Chin miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45.
die bayar then die dapat baki rm5.
die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
die tinggal rm3.
die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
so die hutang rm48.
die ade rm3 skarang.
rm48+rm3= rm51
kenapa boleh ade rm51? sedangkan die pinjam rm50.?
emmm.. fikirkan..

Tuesday, April 8, 2008

Pelamin angan ku musnah

Rancangan Tanah Permuda (RTP) ,Itulah tempat keramat perkahwinan gebung dgn wana pasangan yang telah ditakdirkan bertemu oleh yg maha kuasa pada tanggal 06/04/2008. Seperti biasa aku melihat kecerian terpancar dari wajah penganting melihat ramai tetamu datang menghadiri majlis tersebut. Seperti ade sesuatu beban yang sudah lama disimpan telah dilepaskan dengan sempurna.Kedatangan aku ke majlis tersebut atas panggilan telefon pada jam 2 pagi ketika aku diulik mimpi bersama awex-awex cun..hehe..so aku terpaksa akur atas paksaanya…oleh kerana aku tidak mempunyai kenderaan tayar empat so aku terpaksa menebalkan muka menumpang kereta En farid raihan (nismo power) aku ingatkan hanya aku seorang sahaja menumpang kereta beliau rupanya ade seorang gadis cun bernama neni ...bercakap pasal cun ni..Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.bermulalah perjalanan aku bersama kawan-kawan ku…hmm..gebung? dia seorang yang periang dan mempunyai tahap komunikasi yang tinggi,.. ramai kenalan dari johor datang hinggakan mereka sanggup menyewa bas untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut..peh.. caya la gebung..ini baru permulaan bagi aku utk mencoretkan ape yang terlintas difikiran aku..got to go …

Monday, April 7, 2008

'Aku' dan 'Saya'

aku.. kenapa 'aku'.. kenapa tidak 'saya' .. 'saya' lebih sopan jika digunakan untuk mengantikan 'ganti diri nama' ape perbezaanya..emmm..kenapa apabila kita berdoa kepada Allah menggunakan perkataan 'aku' kenapa tidak 'saya'.. sesuatu yang rumit untuk difikirkan..memang al-Quran ada menggunakan kata ganti `Aku' (Arab, ana, iyaya, ya)..selain itu penggunaan kata "AKU" juga digunakan secara konsisten dalam Al Quran apabila Allah bertindak sendiri tanpa ada malaikat yang terlibat dalam tindakan tersebut. Selain itu kata "AKU" digunakan apabila mengekspresikan ibadah & iman kepada Allah SWT... oleh itu fikirkan lah...;-)