Thursday, November 27, 2008

fikirkan sejenak

Hidup ini penuh dengan warna warni bertemu , bermesra dan berpisah , itu adalah lumrah dunia. Bagi mereka yang mempunyai ketahanan mental dan emosi , ini semua adalah dugaan yang sentiasa diharungi dengan ketakwaan. Pertemuan antara dua insan akan membuahkan sesuatu perasaan yang akan membawa kepada kebahagian atau kegagalan. Ini adalah antara anugerah yang tidak ternilai 'perasaan cinta'. Namum pencarian cinta pasti akan ada jiwa yang terpaksa dikorbankan antara mencintai orang yang kita cintai atau mencintai orang yang mencintai kita. Pilihan yang tepat pasti akan menuju kebahagian.Cintailah orang yang mencintai kita.Tidak semua apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan kerana itu semua adalah ketentuan allah, hanya tuhan tahu ape yang terbaik untuk kita semua, jika allah menjadikan seseorang bukan untuk kita , jangan kita tangisi ape yang bukan milik kita kerana allah telah menentukan sesuatu yang istimewa untuk kita yang sentiasa bersabar.Pertemuan dan perpisahan bukan milik kita .kita bertemu dan berpisah hanya kerana allah.

cintai ilahi itu yang abadi.

 

p/s jika terasa bosan membaca cuba dengar lagu 'pertempuran hati-netral' sound good...