Friday, May 2, 2008

Bantuan 'Gadis Hilang'


Hari ini aku masih lagi menerima email dari rakan-rakan berkenaan dengan kehilangan insan tersayang,mungkin blog aku ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam penyelesaikan permasaalahan ini. Berikut email yang dihantar
Tuan tuan & Puan puan,Malam tadi 22/4/08 pada jam 12.30 mlm saya telah didatangi oleh jiran saya En Bakri. Kami tinggal di Pangsapuri Casmaria Taman Samudera Bt Caves Selangor. En Bakri sedang menghadapi masaalah yang sering kita dengar & baca dalam media sejak akhir - akhir ini. Beliau sedang diuji diatas kehilangan anaknya. Harapan kami penduduk Pangsapuri Casmaria agar tuan & puan dapat menghulurkan bantuan doa & memberi maklumat sekiranya bertemu gadis yg mungkin menjadi mangsa penculikan ini.
Nama Penuh : Nurul Nor Bahirah
Panggilan : Bahirah
Umur : 18 thn
Jantina : Perempuan
Warna Kulit : Hitam Manis
Ketinggian : 5 kaki lebih
Kronologi Hilang : 21/4/08 (Isnin) Bahirah seorang diri menuju ke Sekolah Menengah Teknik Shah Alam.Tujuan ke SM Teknik Shah Alam adalah untuk mendapatkan chop pengesahan sijil kerana Bahirah telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.Jam 9.00 pagi 21/4/08 bapanya Mohd Bakri menghantar Bahirah ke stesen LRT Sentul. Jam 11.00 pagi ibu Bahirah menaliponnya dan Bahirah menyatakan telah sampai di Stesen Komuter Batu 3 Shah Alam dan ketika itu Bahirah memaklumkan yg beliau sdg bersarapan seorang diri di stesen komuter tersebut.Jam 1.00 tghari ibu Bahirah menghubunginya sekali lagi tetapi panggilan tidak berjawab.Sejak keluar dari rumahnya pada 21/4/2008 sehingga sekarang Bahirah telah tidak pulang kerumahnya dan no taliponnya 017 - 6256803 gagal dihubungi.Lapuran polis di IPD Selayang & Sentul telah dibuat pada 22/4/2008. No talipon En Bakri 012 - 2813136. No talipon saya penulis & pengirim asal email ini Kamal Ariffin (AJK Persatuan Penduduk) 016 - 2799248 / 017 - 2468325. No talipon Mejar (B) Wan Chik ( Pengerusi Persatuan Penduduk) 013 - 2093749.Mohon tuan & puan forwardkan email & makluman ini kepada seluruh penduduk Malaysia .Sekian Terima Kasih.Kamal Ariffin KamaruzzamanNo KP : 661015086117No Tel Pjbt : 03 - 61458607 / 610Tarikh : 23/4/2008

1 comment:

Fared Raihan Ahmad said...

ala... balik rumah boyfren kot. haha