Setiap permasalahan ade jalan penyelesainya , tip ini khas kepada mereka yang belum berkahwin sahaja .Dlm blog ini aku akan berkongsi penyelesianya.Tips khas ini untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga pada masa akan datang.Waktu yang paling sesuai utk menonjolkan diri adalah di hari raya (puasa n haji) akan tetapi hari biasa pun boleh juga tapi biarlah kena dengan konsepnya, jangan lepaskan peluang untuk menziarahi rumah "kekasih" . Inilah masanya untuk mengenali ibu & bapa bakal mertua , dan inilah juga masanya ibu & bapa bakal mertua ingin mengenali kita.
Seelok-eloknya.. kalau nak datang ke rumah kekasih tu.. pastikanlah pakaian anda itu kemas dan sejuk je mata memandangnya. haha...Bagi lelaki..elokla kalau kita pakai baju melayu (ini kalau hari petama la) tapi kalau dah seminggu lepas raya.. takkan nak pakai baju melayu pulak .. nanti mesti bakal mertua cakap ‘ape ke hey dia ni’ dah kene kutuk free je. Kalau macam tu.. boleh lah juga pakai baju kemeja lengan pendek yang berkotak.. cuba elakkan memakai baju t-shirt yang tidak berkolar. mungkin kita lebih selesa pakai baju t-shirt dan seluar jeans sahaja.. maklumlah.. darah muda + rock+ coll (coll la sangat). Tapi.. hakikatnya.. first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua kita bahawa anda adalah seorang lelaki yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua apabila melihat kita berpakaian kemas.. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada kita.Janganla datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah, hantu main gitar siap naik motor coper lagi" ... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" siap rempit lagi.. huhu .. memang mengucap panjang la…Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Aku rasa tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.
Berkenaan membawa rakan pula, kalau kita malu-malu kucing siam atau terlalu gementar.. minta lah rakan utk temankan, tapi janganlah sampai 7-8 orang... kalu rumah kayu.. runtuh pulak..seorang dua sahaja sudah mencukupi...Minta rakan yang paling rapat menemani kita . Tapi.. kena pastikan juga.. janganlah membawa rakan yang terlalu hensem atau terlalu cantik mengalahkan kita. Nanti.. lain pula ceritanya. He.. he.. Kalau tiada rakan yang sesuai.. bawa sahaja adik, akak atau abang , Tapi lagi elok kalau dapat bawa ibu & bapa anda sekali.. ha! ha! ha!...ini untuk hari lain la selepas hari ini.. ape da..
Satu perkara yang biasa dialami apabila bertemu dengan bakal mertua.. apakah topik yang ingin bualkan?.. peh.. ini memang agak kritikal, lebih-lebih lagi jika kita adalah seorang yang pendiam mcm aku ni... tak kan nak tunggu bapa/ibu mereka tanya soalan, susah la beb mcm tu…Jika kita tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan.. sebelum datang tu . Tanya kekasih kita terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih tu...dari situ. bolehlah kita membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan. Jika ibu-bapa kekasih tu guru.. kita kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke, kes guru baling kerusi ke (dalam metro hari ini)... kes kematian guru jatuh bangunan ke.. isu peperiksaan SPM ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.mungkin kurang kita minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. korang nak tak anak dia? Ha.. kalu nak .. terpaksa la kan..untuk menambat hati bakal mertua kita jugak kan...kita perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua kita minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua tu adalah pegawai penyelidik dan kita sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia.bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. beras, gula,babi,khairi jamaludin , isu raja-raja,karpal singh, kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. Walau apa-apa pun isu yang kita bualkan nanti.. pastikan kita bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua kita tu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk kita berbahas dan menunjukkan kehebatan berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.
Sebenarnya aku dapat tip ini daripada seorang kawan sewaktu aku kursus induksi dan tip ini juga aku kongsikan dgn rakan-rakan induksi untuk ucapan umum induksi lalu. Mintak-mintak la lulus. Hehe..namum aku masih belum mencubanya..akan tetapi kawan aku tu telah melakukanya .. dan dia dah ada 2 orang anak dah…
Selamat mencuba..kalu tak jadi tu .. jodoh kita tak sampai lagi.. masa akan menetukan..banyakkan berdoa..
Tuesday, May 13, 2008
Tip utk teruna dan dara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
TErLebih sudah.....
hhahahaa
Still REMEMBER me??
Hehe.
Hehe..
Hehe...
As a minah kepochi, aku rasa berSALAH plak tak kutuk ko Mizi... Ha ha ha...
Good article. Jgn ko lupa nak praktikkan sudah...
Wish u all d best...
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA...
(Bukan sebab korang guru tapi sebab kesian kat korang takde sape nak wish termasuk la aku jugak. Berkira sungguh org zaman sekarang kan??..)
Keh Keh Keh
entahlah dpt ke x..
Sapekah gerangan yg said: entahlah dpt ke x.. diatas??
jeng je jenggg...
Ape yg kita mintak akan kita dapat bila masanya sesuai untuk itu. Dan... 'masa' tu hanya Dia shj yg tau. Yang penting jgn putus asa... Jgn putus harap...
Ber'DOA'lah dengan sungguh2... Doa yg lahir dari hati......
Berbahagialah atas segala kurniaanNya buat kita... Renungkan... Berapa banyakkah doa2 kita yg telah dikabulkan walaupun kualiti dan kuantiti doa2 kita tak sehebat dan sebanyak mana... :))
Enjoy life... sementara hidup, kerana hidup bukan semata2 untuk hidup tapi juga untuk mati...
p/s: sediakan 'bekal' siap2...
Ingat-ingat`~
Post a Comment