Tuesday, May 13, 2008

Idaman aku


Kereta idaman aku 'Skyline GTR'. walaupun versi terbaru telah dikeluarkan 'Nissan GTR', namun aku masih lagi mengidamkanya , tapi apakan daya , harganya mencecah ratusan ribu ringgit. Gambar sahaja akan menjadi milik ku.. huhu

Tip utk teruna dan dara

Setiap permasalahan ade jalan penyelesainya , tip ini khas kepada mereka yang belum berkahwin sahaja .Dlm blog ini aku akan berkongsi penyelesianya.Tips khas ini untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga pada masa akan datang.Waktu yang paling sesuai utk menonjolkan diri adalah di hari raya (puasa n haji) akan tetapi hari biasa pun boleh juga tapi biarlah kena dengan konsepnya, jangan lepaskan peluang untuk menziarahi rumah "kekasih" . Inilah masanya untuk mengenali ibu & bapa bakal mertua , dan inilah juga masanya ibu & bapa bakal mertua ingin mengenali kita.

Seelok-eloknya.. kalau nak datang ke rumah kekasih tu.. pastikanlah pakaian anda itu kemas dan sejuk je mata memandangnya. haha...Bagi lelaki..elokla kalau kita pakai baju melayu (ini kalau hari petama la) tapi kalau dah seminggu lepas raya.. takkan nak pakai baju melayu pulak .. nanti mesti bakal mertua cakap ‘ape ke hey dia ni’ dah kene kutuk free je. Kalau macam tu.. boleh lah juga pakai baju kemeja lengan pendek yang berkotak.. cuba elakkan memakai baju t-shirt yang tidak berkolar. mungkin kita lebih selesa pakai baju t-shirt dan seluar jeans sahaja.. maklumlah.. darah muda + rock+ coll (coll la sangat). Tapi.. hakikatnya.. first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua kita bahawa anda adalah seorang lelaki yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua apabila melihat kita berpakaian kemas.. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada kita.Janganla datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah, hantu main gitar siap naik motor coper lagi" ... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" siap rempit lagi.. huhu .. memang mengucap panjang la…Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Aku rasa tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.

Berkenaan membawa rakan pula, kalau kita malu-malu kucing siam atau terlalu gementar.. minta lah rakan utk temankan, tapi janganlah sampai 7-8 orang... kalu rumah kayu.. runtuh pulak..seorang dua sahaja sudah mencukupi...Minta rakan yang paling rapat menemani kita . Tapi.. kena pastikan juga.. janganlah membawa rakan yang terlalu hensem atau terlalu cantik mengalahkan kita. Nanti.. lain pula ceritanya. He.. he.. Kalau tiada rakan yang sesuai.. bawa sahaja adik, akak atau abang , Tapi lagi elok kalau dapat bawa ibu & bapa anda sekali.. ha! ha! ha!...ini untuk hari lain la selepas hari ini.. ape da..

Satu perkara yang biasa dialami apabila bertemu dengan bakal mertua.. apakah topik yang ingin bualkan?.. peh.. ini memang agak kritikal, lebih-lebih lagi jika kita adalah seorang yang pendiam mcm aku ni... tak kan nak tunggu bapa/ibu mereka tanya soalan, susah la beb mcm tu…Jika kita tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan.. sebelum datang tu . Tanya kekasih kita terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih tu...dari situ. bolehlah kita membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan. Jika ibu-bapa kekasih tu guru.. kita kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke, kes guru baling kerusi ke (dalam metro hari ini)... kes kematian guru jatuh bangunan ke.. isu peperiksaan SPM ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.mungkin kurang kita minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. korang nak tak anak dia? Ha.. kalu nak .. terpaksa la kan..untuk menambat hati bakal mertua kita jugak kan...kita perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua kita minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua tu adalah pegawai penyelidik dan kita sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia.bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. beras, gula,babi,khairi jamaludin , isu raja-raja,karpal singh, kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. Walau apa-apa pun isu yang kita bualkan nanti.. pastikan kita bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua kita tu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk kita berbahas dan menunjukkan kehebatan berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Sebenarnya aku dapat tip ini daripada seorang kawan sewaktu aku kursus induksi dan tip ini juga aku kongsikan dgn rakan-rakan induksi untuk ucapan umum induksi lalu. Mintak-mintak la lulus. Hehe..namum aku masih belum mencubanya..akan tetapi kawan aku tu telah melakukanya .. dan dia dah ada 2 orang anak dah…

Selamat mencuba..kalu tak jadi tu .. jodoh kita tak sampai lagi.. masa akan menetukan..banyakkan berdoa..

Wednesday, May 7, 2008

Anak-Anak Tahun 2020


ash...
anak kawan aku.. ataq.. sewaktu aku singgah di rumahnya di semenyih, mula dia ni malu-malu , lama kelamaan dia mampu senyum kat aku, mungkin sebab aku ini nampak macam orang yang baik-baik kot..hehe.. nama panggilan dia ash.. manja sgt dengan bapak dia..
anak liza
ni pulak anak liza satu office dengan aku..tapi aku tak ingat nama anak dia sebab orang zaman sekarang letak nama anak panjang-panjang , kira kurang bernasib baik la cikgu-cikgu yang mengajar budak zaman sekarang.. nama terlampau panjang..hehe.. mungkin satu hari nanti aku akan letak gambar anak aku dlm blog ini..nantikan ..hehe



Monday, May 5, 2008

Penawar Dalam Dilema

  • Semalam Astro Oasis 106 telah memparkan satu kisah yang selama dirahsiakan dari dunia perubatan moden iaitu bagaimana mengubati penyakit AIDS dan BARAH .’Halalbio’ judul cerita ini mendedahkan bagaimana kaedah rawatan yang tidak memerlukan kos yang tinggi bagi merawat perlbagai penyakit kronik seperti AIDS dan Barah , sebaliknya penyelidikan ini bagaikan disembunyikan oleh sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan di dalam industri "pharmaceutical" , dan ubatan moden. Kaedah untuk merawat penyakit AIDS ‘Treatment of Blood and/or Other Body Fluids and/or Synthetic Fluids with Electric Forces’ iaitu penggunaan arus elektrik bagi merawat sel darah manusia yang mempunyai virus HIV. Dalam sel darah terdapat selaput ‘protein’ yang menghalang sel darah putih menghapuskanya. System arus elektrik ini digunakan untuk memecahkan selaput ‘protein’ dan membenarkan sel darah putih membunuhnya sekaligus menukar sel berkenaan kepada sel normal. Jika sel berkenaan menjadi normal sel-sel ini dapat membantu dalam menyahkan sel yang tidak sepatutnya dalam badan. Jika kajian system arus elektrik ini teruskan , ini akan menyebabkan perubatan yang bernilai berjuta-juta dollar untuk membina mesin ‘kimo’ dan ubatan moden akan kerugian dek perubatan yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Namum doctor yang memperkenalkan (Dr.robert beck) telah mati , ada yang menyatakan beliau dibunuh oleh mereka yang mempunyai kepertingan perubatan jutaan ringgit.
    Bagi merawat penyakit BARAH kaedah yang digunakan adalah mengunakan vitamin b17 atau Amygdalin atau Laetrial . menurut kajian bahan ini paling berkesan dalam merawat sel barah . ianya berfungsi seperti diatas tadi. Vitamin ini paling banyak terdapat dalam biji apricot. Jika anda ingin maklumat lanjut sila taipkan ‘vitamin b17’ dalam google atau yahoo. Anda akan lebih memahaminya. Antara khasiat Khasiat Vitamin B17
  • Membasmi sel barah
  • Meningkatkan selera makan
  • Menurunkan tekanan darah
  • Menambahkan sel darah merah (haemoglobin)
  • Mengurangkan kesakitan badan
  • Melegakan kesakitan pesakit-pesakit barah 140mg vitamin B17 sehari boleh mencegah dari jangkitan barah( menurut Dr. Ernest T. Krebs, Jr.), seperti yang kita telah ketahui bahawa vitamin C boleh mencegah 'scurvy' dan vitamin B6 boleh mencegah 'beri-beri'.
    Ramai pesakit barah yang telah disembuhkan mengunakan kaedah dan mengakui kaedah ini amat berkesan, akan tetapi mereka yang mendedahkan keberkesanan ini akan disiasat oleh badan perubatan dan pegawai perubatan yang mengamalkan perubatan ini akan ditarik balik lesen perubatan mereka sekali gus menyebabkan kaedah rawatan ini tidak didedahkan secara langsung bagi melindungi kaedah rawatan komesil yang memberi kepentingan sesetengah pihak.Terdapat juga Negara yang menggalakan kajian kaedah ini ,negara yang tidak mengharamkan kaedah perubatan ini adalah mexico , dan ramai doctor yang ditarik balik lesen perubatan berpindah ke mexico bagi menjalankan kajian terperinci kaedah ini. tidak dapat pasti samaada nagara Malaysia menerima kaedah ini sebagai perubatan yang disahkan dan boleh digunapakai di hospital dan klinik di Malaysia.,daripada pemerhatian sehingga sekarang kerajaan telah mengalakan kaedah perubatan herba di’RND’kan untuk digunakan sebagai perubatan alternative pada masa akan datang.

    Rujukan :
    http://login.totalweblite.com

Friday, May 2, 2008

Bantuan 'Gadis Hilang'


Hari ini aku masih lagi menerima email dari rakan-rakan berkenaan dengan kehilangan insan tersayang,mungkin blog aku ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam penyelesaikan permasaalahan ini. Berikut email yang dihantar
Tuan tuan & Puan puan,Malam tadi 22/4/08 pada jam 12.30 mlm saya telah didatangi oleh jiran saya En Bakri. Kami tinggal di Pangsapuri Casmaria Taman Samudera Bt Caves Selangor. En Bakri sedang menghadapi masaalah yang sering kita dengar & baca dalam media sejak akhir - akhir ini. Beliau sedang diuji diatas kehilangan anaknya. Harapan kami penduduk Pangsapuri Casmaria agar tuan & puan dapat menghulurkan bantuan doa & memberi maklumat sekiranya bertemu gadis yg mungkin menjadi mangsa penculikan ini.
Nama Penuh : Nurul Nor Bahirah
Panggilan : Bahirah
Umur : 18 thn
Jantina : Perempuan
Warna Kulit : Hitam Manis
Ketinggian : 5 kaki lebih
Kronologi Hilang : 21/4/08 (Isnin) Bahirah seorang diri menuju ke Sekolah Menengah Teknik Shah Alam.Tujuan ke SM Teknik Shah Alam adalah untuk mendapatkan chop pengesahan sijil kerana Bahirah telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.Jam 9.00 pagi 21/4/08 bapanya Mohd Bakri menghantar Bahirah ke stesen LRT Sentul. Jam 11.00 pagi ibu Bahirah menaliponnya dan Bahirah menyatakan telah sampai di Stesen Komuter Batu 3 Shah Alam dan ketika itu Bahirah memaklumkan yg beliau sdg bersarapan seorang diri di stesen komuter tersebut.Jam 1.00 tghari ibu Bahirah menghubunginya sekali lagi tetapi panggilan tidak berjawab.Sejak keluar dari rumahnya pada 21/4/2008 sehingga sekarang Bahirah telah tidak pulang kerumahnya dan no taliponnya 017 - 6256803 gagal dihubungi.Lapuran polis di IPD Selayang & Sentul telah dibuat pada 22/4/2008. No talipon En Bakri 012 - 2813136. No talipon saya penulis & pengirim asal email ini Kamal Ariffin (AJK Persatuan Penduduk) 016 - 2799248 / 017 - 2468325. No talipon Mejar (B) Wan Chik ( Pengerusi Persatuan Penduduk) 013 - 2093749.Mohon tuan & puan forwardkan email & makluman ini kepada seluruh penduduk Malaysia .Sekian Terima Kasih.Kamal Ariffin KamaruzzamanNo KP : 661015086117No Tel Pjbt : 03 - 61458607 / 610Tarikh : 23/4/2008