Sunday, October 5, 2008

haha.. sukanya aku..

selamat hari lahir utk aku...o5 oct..

Wednesday, September 24, 2008

seposen saja kah....

ahhh... itu saja yang aku terima atas mesyuarat petang tadi, dari RM2.70 kepada RM2.60, macam tidak masuk akal yang waras.Tapi mungkin ada alasan yang tertentu yang cuba diselindungkan oleh mereka berkola putih ini. walau seposen sahaja tidak boleh disepak ketepi. aku mesti menerimanya dgn hati yang berkecamuk. inikah hadiah hari raya tahun ini. Ampau seposen sahaja.huhu.. bagi mereka yang berkola putih ini , aku harap mereka berfikir sejenak tentang kewarasan mereka supaya tidak akan ada penyesalan pada kemudan hari...kebangkitan rakyat... 

Tuesday, September 23, 2008

RM32.00^^


keindahan makanan

istana budaya


BUFFET RAMADHAN 2008 
CAFE D'JALA MAS 
Istana Budaya, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur 
Tidak sepatutnya , bagi mereka yg tidak mampu menghabiskan semuanya, akan tetapi manusia makan untuk hidup ,bukanya hidup untuk makan.Bagi aku itu semua adalah lumrah hidup, kadang-kadang terpaksa mengikut hawa nafsu yang membuak-buak (walaupun syaitan dirantai) berkat akar tunjang ajaran yang kukuh kita mampu manafikanya.Menu yang agak malazatkan dangan kuih muih, laksa,mee,bihun, lauk-pauk berasakan ayam,berbagai variasi makanan laut,air campuran warna prima,makan  ruji orang asia ,alunan muzik malaysia "warisan, wanita, jiwaragaku serah" dan juga menu yang tidak sempat dlihat dek kelaparan yg tidak menentu. Sebelum melayan keindahan lauk pauk sempat ku menghantar MMS kepada seorang kawan yang begitu ku ingat sentiasa walaupun dia buat tak tau je"ceh" reply nya agak sama ,keindahan makan. pergi ku bersama passo merah jd99 power, (aku hanya mampu duduk dibelakang mcm boss). waktu pulang ku sudah tiba, kl sentral detinasiku (ktm), aku tidak sempat mengejarnya tanpa pengetahuanya, jika dia tahu akan kedatangan ku , emmm mungkin dia lari kot..haha.. tapi itu semuanya pengajaran yg aku perolehi selama hidup yg indah ini. huhu..akan aku teruskan perjuangan ...

Thursday, September 11, 2008

kejar sahaja dinding itu...

1) Dari bujang -- kahwin No 1 ---- no.2 -----No 3------- DLL.
2) Dari pakai kapcai --- kancil -- Honda--- BMW---- seterusnye..
3) Badminton ----- Tennis-----Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- bunglow...
5) supervisor ----- engineer --- manager------GM-------
6) Tv 14' --- 21" --- 42" ---- Home theatre...
7) Sg Tekali --- Port dickson --- langkawi ---- Bangkok---New York..
8) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)......
Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour..
TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"…

anyway.. selamat berbuka / tarawih / sahur...

sambil duduk menunggu seseorang...

''Sekadar setitis ilmu PENTING NI....!!!!!! *
Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kalakitaterlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahuapakah keburukan menguap.
Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah.. kan manis gitu..Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yangkeluardihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai....huargh.....huh....haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatanmenguapini.Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah sayaditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitansangatmenyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagisyaitan..? astarafilullah. .! begitu rupanya....lalainya saya.Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlahmengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istirifar selepas menguapsupayakita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita inipenuhdengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usahakita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanankepadaALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan....In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satudansaya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu,kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...''
petikan dari email posthotz

Sunday, August 31, 2008

$@L@M RaM@daN



'Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa'.
Al-Baqarah ayat 183

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda maksudnya: “Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” (Hadith Qudsi Riwayat Muslim)

bermulalah perjuangan umat islam di bulan ramadan menahan nafsu daripada melakukan pekara-pekara yang mambatalkan puasa...bagi penghuni 52c kuala lumpur,akan sedaya upaya menyempurnakan ibadah yang diturunkan oleh yang maha kuasa.. selamat menyambut ramadan utk "aku punya family,saudara mara, fikirinlicinfikri, chot, faredoshi, bucitman, kamarulnbx, zul besi ,miss yaya,miss mona,miss nrul,miss faza ,geng jahat , smtk school , dan tidak lupa kepada mereka yang mambaca blog yang kadang-kadang update kadang -kadang tak update...

Thursday, August 21, 2008

sekali boleh tukar da..



Korang semua menukarkan nama My Computer dan Network Neighborhood, tetapi nama Recycle Bin tidak boleh tukar kan..haha.? boleh tukar sebenarnya … menggantikan nama Recycle Bin dengan menyunting Registry. Mula-mula, klik Start > Run, kemudian taipkan regedit lalu tekan Enter. Sebuah tetingkap Registry Editor akan muncul. Sekarang pergilah ke bahagian HKEY_CLASSES_ROOT,seterusnya turun ke bawah dan cari bahagian CLSID. Pastu klik dua kali pada bahagian CLSID itu dan kemudian pergi ke segmen yang bernombor seperti berikut {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E} dan seterusnya pergi ke bahagian ShellFolder. Di sini korang akan melihat nilai Attributes yang dipaparkan dengan nilai binari 40 01 00 20. Klik dua kali pada Attributes yang terletak panel sebelah kanan dan sebuah tetingkap Edit Binary Value akan muncul. Kemudian tukarkan nilai 40 itu kepada 50 dan pilih OK. Nilai binari akan menjadi 50 01 00 20. Kemudian tutup Regedit dan kembali ke desktop . Kemudian, klik kanan pada Recycle Bin dan korang akan dapat lihat perintah Rename pada senarai perintah itu. Korang juga boleh mengklik pada Recycle Bin dan menekan kekunci fungsi F2 untuk mengganti namanya dengan nama yang anda inginkan. Haha.. selamat mencuba…