Saturday, June 15, 2013

Cari peti simpanan

Setelah selama 3 tahun aku simpan keyboard .. aku keluarkan semula utk dilap habuk.. keluarkan dawai kokot yg tersangkut dalam huruf 'f'... aku muncul sebagai org remaja dewasa..

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa dan beribadah..

p/s .. sekali pantun la..

Sambil membelek biji tasbih,
Airmata berlinang teringat dosa
Bulan puasa kita berterawih,
Mengerjakan amalan menghapus dosa.

Thursday, March 26, 2009

sebelum dan selepas

saje-saje je aku try..

tp best jgk.. sebab ...a


dah mcm ape tah...
sejuk je.. nak bukak susah cikit.. keras...
kene tekan dgn tangan...
semuanya best.. kerna ...a

Saturday, March 21, 2009

apa yang aku suka...

lepas kerja jalan-jalan bersama.....
pergi kemane dia suka..
kemana yang boleh dilawati..
ikut saja..
solat... makan resepi rahsia.. chip ikan.. mee kari..


                           kaki sidia                                                 
 
                       kaki aku la ni...
30 minit... spa kaki.. peh best siot..
borak-borak pasal ikan... 'nak beli la ikan ni...ala murah je RM0.50 je seekor' dia ckp..
aku x tau...
tegok muvi...
hantar dia balik...
seronok kalu hari-hari mcm ni...ahakahak..
'boleh je'... ayat dia...




Tuesday, February 3, 2009

Ujrah 1% PTPTN


konsep ujrah 1% pinjaman ptptn...

1) Perlaksanaan caj pentadbiran 1 % ini atau dipanggil ujrah adalah berdasarkan prinsip Shariah Islam. Kaedah ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam pada 28 Julai 2008.

2) Ini bermaksud semua pembiayaan pendidikan di bawah PTPTN akan dikenakan caj kadar tetap (rata) 1% setahun. 1% memang rendah - tahniah diucapkan kepada PTPTN dan kerajaan dalam usaha membantu rakyat Malaysia.

3) Kadar baru ini berkuatkuasa pada 1 Jun 2008 (back-dated). Jadi, mereka yang ada pembiayaan dengan PTPTN cepat-cepatlah semak balik baki anda.

4) Kepada yang belum mula bayar, buatlah cepat-cepat. Sebabnya, bolehlah PTPTN gunakan dana untuk membantu pelajar-pelajar yang lain DAN kalau dah blacklist nanti tak dapat kadar tetap 1% ni. Anda akan kena caj 3%.

5) sila layari website ptptn di www.ptptn.gov.my

Friday, January 23, 2009

setulus nya aku akan terus menunggu.




lagu ini ditujukan kepada mereka yang berusaha utk mendapat apa yang sukar digambarkan jika memilikinya...teruskan usaha kalian semua..dan aku jua..

Sunday, January 18, 2009

aston villa football club



Aston Villa Football Club' dibentuk tahun 1874 oleh anggota perkumpulan kriket 'Villa Cross Wesleyan Chapel' di Aston, kota Birmingham. Pada awalnya hanyalah untuk mengisi waktu dengan permainan lain pada musim sejuk, dengan  tidak sengaja mereka telah membentuk suatu kelab yang boleh bertahan hingga  lebh 100 tahun  dan memenagi banyak gelaran  sehingga ke hari ini.

Kelab ini memenangkan piala Fa untuk pertama kali tahun 1887, dimana bola sepak  telah menjadi permainan profesional. Pengurus Aston Villa di masa itu, William McGregor menginginkan kelabnya lebih kompetitif dalam  liga seperti liga baseball Amerika, Alasannya mengapa nama liga tersebut 'Football League'  bukan Liga bolasepak Inggris ini karena McGregor merancang  untuk menyertakan kelab Skotlandia dan Wales. Aston Villa  menduduki posisi runner-up di pembukaan 'Football League'    sehingga  tahun 1920  Aston Villa sudah 6 kali menjuarai Liga dan piala FA. Bermula tahun 1920 adalah paling suram Villa dimana mereka tidak pernah menjuarai satu gelar pun sehingga tahun 1957. 

Warna ori villa  adalah Claret / merah keungu-unguan (merah maron) dipadukan dengan warna biru langit / biru muda. Kaus kaki berwarna Merah Maron dengan strip biru langit. Ini adalah warna yang terus dipertahankan dan sudah lekat menjadi warna kebanggaan Aston Villa. West Ham United dan Burnley  mempunyai warna kebanggaan yang mirip dgn villa.

Aston Villa adalah satu dari 4 kelab Inggeris (tidak perlu sebut kat sini kerana menggangu reputasi villa) yang pernah menjuarai piala eropah. villa menjuarainya pada 26 Mei 1982 mengalahkan Bayern Muenchen, melalui gol  Peter Withe.

Walaupun kelab-kelab gergasi lain (merah dan biru)  mempunya sejarah yg lebih menarik dari villa , ianya tidak dapat mengubah pendirian aku .

p/s- jangan sokong setan merah...kak long…

Thursday, January 15, 2009

Farhana - Jinbara

Kau hadir tika ku duka
Dalam cahya dikau menjelma
Kau hilang dalam gembira
Membuatkan ku terluka

Manis senyum mu bak puteri
Bumi kenyalang yang menawan
Termimpi-mimpi ku mencari
Siapa si cantik rupawan

Indah kumbang dari kuntumnya
Bagai bunga merah serinya
Jauh rindu dari cinta
Dalam mencari makna setia

Kau hadir tika ku duka
Dalam cahya dikau menjelma
Kau hilang dalam gembira
Membuatkan ku terluka

Farhana oh Farhana
Kau biarkan ku tersiksa
Menagih cintamu yang rahsia
Memberi makna segalanya

Farhan oh Farhana
Kau cantik tapi berbisa
Indah rupa mu tak terkata
Dek renungan sinar mata

Kau hadir tika ku duka
Dalam cahya dikau menjelma
Kau hilang dalam gembira
Membuatkan ku terluka

Farhana oh Farhana
Kau biarkan ku tersiksa
Menagih cintamu yang rahsia
Memberi makna segalanya

Farhan oh Farhana
Kau cantik tapi berbisa
Indah rupa mu tak terkata
Dek renungan sinar mata

tibe-tibe je lagu ni jadi sedap didengar...

Wednesday, January 7, 2009

...palestine... help us...



Maafkan aku ya allah, aku lemah dalam rakusan nafsu ..maafkan aku wahai roh-roh jihad Palestine! maafkan aku wahai anak-anak Gaza..hanya ini yang dapatku nyatakan..dan berikan..moga pengunjung blog sampaikan al-fatihah untuk yang pergi menemuiMu dan doa kemenangan untuk perjuangan anak-anak Gaza....

 

Jika engkau  tidak mampu memberi kuderat untuk menetang yahudi, gunakan kebijaksanaan engkau supaya tidak membeli barangan keluaran ini...

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

 

sumbangkan wang ringgit utk membantu Palestine dan  boleh disalurkan ke akaun

 

PALESTINE RELIEF FUND
Cheque payable to MERCY
MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053
You can also download our donation form. 
Download Donation Formpdf_button
For more information please contact 03-2273 3999 or email us at
info@mercy.org.my .

link ...http://www.mercy.org.my/main/index

Saturday, December 6, 2008

selamat hari raya aidil adha

ku ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada mereka yang membaca blog hampeh ni...haha, semoga segala perkerjaan anda dberkati oleh yang maha esa..

Thursday, November 27, 2008

fikirkan sejenak

Hidup ini penuh dengan warna warni bertemu , bermesra dan berpisah , itu adalah lumrah dunia. Bagi mereka yang mempunyai ketahanan mental dan emosi , ini semua adalah dugaan yang sentiasa diharungi dengan ketakwaan. Pertemuan antara dua insan akan membuahkan sesuatu perasaan yang akan membawa kepada kebahagian atau kegagalan. Ini adalah antara anugerah yang tidak ternilai 'perasaan cinta'. Namum pencarian cinta pasti akan ada jiwa yang terpaksa dikorbankan antara mencintai orang yang kita cintai atau mencintai orang yang mencintai kita. Pilihan yang tepat pasti akan menuju kebahagian.Cintailah orang yang mencintai kita.Tidak semua apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan kerana itu semua adalah ketentuan allah, hanya tuhan tahu ape yang terbaik untuk kita semua, jika allah menjadikan seseorang bukan untuk kita , jangan kita tangisi ape yang bukan milik kita kerana allah telah menentukan sesuatu yang istimewa untuk kita yang sentiasa bersabar.Pertemuan dan perpisahan bukan milik kita .kita bertemu dan berpisah hanya kerana allah.

cintai ilahi itu yang abadi.

 

p/s jika terasa bosan membaca cuba dengar lagu 'pertempuran hati-netral' sound good...

Thursday, October 16, 2008

17 minit 32 saat...




  Dalam masa seringkas ini , aku berjaya menyiapkan logo utk kelab bola jaring awex-awex office aku, ringkas aje.. tapi tidak berapa susah.. nama pun wonder girl's.. diambil dari cerita wonder pets.. haha.. aku harap diorg akan terpegun melihat logo seringkas ini. kejayaan tidak akan dikecapi oleh team myvians girls..

Tuesday, October 14, 2008

aweks...

aku x tau ape yang mereka suka sangat neh...

awex-awex office aku.. 

setiap jalan akan ada penghujung...
setiap cahaya akan tiba malam gelita...
walau kita cuba mencari ape sahaja ...
pasti kita akan ketemu jua...
dimana kehendak disitu pengangan lurus manerangi kita..
sekian...

Sunday, October 5, 2008

haha.. sukanya aku..

selamat hari lahir utk aku...o5 oct..

Wednesday, September 24, 2008

seposen saja kah....

ahhh... itu saja yang aku terima atas mesyuarat petang tadi, dari RM2.70 kepada RM2.60, macam tidak masuk akal yang waras.Tapi mungkin ada alasan yang tertentu yang cuba diselindungkan oleh mereka berkola putih ini. walau seposen sahaja tidak boleh disepak ketepi. aku mesti menerimanya dgn hati yang berkecamuk. inikah hadiah hari raya tahun ini. Ampau seposen sahaja.huhu.. bagi mereka yang berkola putih ini , aku harap mereka berfikir sejenak tentang kewarasan mereka supaya tidak akan ada penyesalan pada kemudan hari...kebangkitan rakyat... 

Tuesday, September 23, 2008

RM32.00^^


keindahan makanan

istana budaya


BUFFET RAMADHAN 2008 
CAFE D'JALA MAS 
Istana Budaya, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur 
Tidak sepatutnya , bagi mereka yg tidak mampu menghabiskan semuanya, akan tetapi manusia makan untuk hidup ,bukanya hidup untuk makan.Bagi aku itu semua adalah lumrah hidup, kadang-kadang terpaksa mengikut hawa nafsu yang membuak-buak (walaupun syaitan dirantai) berkat akar tunjang ajaran yang kukuh kita mampu manafikanya.Menu yang agak malazatkan dangan kuih muih, laksa,mee,bihun, lauk-pauk berasakan ayam,berbagai variasi makanan laut,air campuran warna prima,makan  ruji orang asia ,alunan muzik malaysia "warisan, wanita, jiwaragaku serah" dan juga menu yang tidak sempat dlihat dek kelaparan yg tidak menentu. Sebelum melayan keindahan lauk pauk sempat ku menghantar MMS kepada seorang kawan yang begitu ku ingat sentiasa walaupun dia buat tak tau je"ceh" reply nya agak sama ,keindahan makan. pergi ku bersama passo merah jd99 power, (aku hanya mampu duduk dibelakang mcm boss). waktu pulang ku sudah tiba, kl sentral detinasiku (ktm), aku tidak sempat mengejarnya tanpa pengetahuanya, jika dia tahu akan kedatangan ku , emmm mungkin dia lari kot..haha.. tapi itu semuanya pengajaran yg aku perolehi selama hidup yg indah ini. huhu..akan aku teruskan perjuangan ...

Thursday, September 11, 2008

kejar sahaja dinding itu...

1) Dari bujang -- kahwin No 1 ---- no.2 -----No 3------- DLL.
2) Dari pakai kapcai --- kancil -- Honda--- BMW---- seterusnye..
3) Badminton ----- Tennis-----Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- bunglow...
5) supervisor ----- engineer --- manager------GM-------
6) Tv 14' --- 21" --- 42" ---- Home theatre...
7) Sg Tekali --- Port dickson --- langkawi ---- Bangkok---New York..
8) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---- laut dalam (sewa bot mewah)......
Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour..
TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI"…

anyway.. selamat berbuka / tarawih / sahur...

sambil duduk menunggu seseorang...

''Sekadar setitis ilmu PENTING NI....!!!!!! *
Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kalakitaterlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahuapakah keburukan menguap.
Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah.. kan manis gitu..Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yangkeluardihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai....huargh.....huh....haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatanmenguapini.Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah sayaditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga Syaitansangatmenyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagisyaitan..? astarafilullah. .! begitu rupanya....lalainya saya.Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlahmengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istirifar selepas menguapsupayakita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-sukakah kita bila syaitan seronok? sudahlah seharian hidup kita inipenuhdengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usahakita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanankepadaALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan....In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satudansaya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu,kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...''
petikan dari email posthotz

Sunday, August 31, 2008

$@L@M RaM@daN



'Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa'.
Al-Baqarah ayat 183

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda maksudnya: “Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” (Hadith Qudsi Riwayat Muslim)

bermulalah perjuangan umat islam di bulan ramadan menahan nafsu daripada melakukan pekara-pekara yang mambatalkan puasa...bagi penghuni 52c kuala lumpur,akan sedaya upaya menyempurnakan ibadah yang diturunkan oleh yang maha kuasa.. selamat menyambut ramadan utk "aku punya family,saudara mara, fikirinlicinfikri, chot, faredoshi, bucitman, kamarulnbx, zul besi ,miss yaya,miss mona,miss nrul,miss faza ,geng jahat , smtk school , dan tidak lupa kepada mereka yang mambaca blog yang kadang-kadang update kadang -kadang tak update...

Thursday, August 21, 2008

sekali boleh tukar da..



Korang semua menukarkan nama My Computer dan Network Neighborhood, tetapi nama Recycle Bin tidak boleh tukar kan..haha.? boleh tukar sebenarnya … menggantikan nama Recycle Bin dengan menyunting Registry. Mula-mula, klik Start > Run, kemudian taipkan regedit lalu tekan Enter. Sebuah tetingkap Registry Editor akan muncul. Sekarang pergilah ke bahagian HKEY_CLASSES_ROOT,seterusnya turun ke bawah dan cari bahagian CLSID. Pastu klik dua kali pada bahagian CLSID itu dan kemudian pergi ke segmen yang bernombor seperti berikut {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E} dan seterusnya pergi ke bahagian ShellFolder. Di sini korang akan melihat nilai Attributes yang dipaparkan dengan nilai binari 40 01 00 20. Klik dua kali pada Attributes yang terletak panel sebelah kanan dan sebuah tetingkap Edit Binary Value akan muncul. Kemudian tukarkan nilai 40 itu kepada 50 dan pilih OK. Nilai binari akan menjadi 50 01 00 20. Kemudian tutup Regedit dan kembali ke desktop . Kemudian, klik kanan pada Recycle Bin dan korang akan dapat lihat perintah Rename pada senarai perintah itu. Korang juga boleh mengklik pada Recycle Bin dan menekan kekunci fungsi F2 untuk mengganti namanya dengan nama yang anda inginkan. Haha.. selamat mencuba…