Monday, April 28, 2008
Friendly match JB FC vs. Procc
Wednesday, April 16, 2008
Harga oh Harga
Apesal harga nasi goreng ikan masin ni dah RM4.00, setahu aku kat kedai mamak ni baru RM3.50 sahaja, cekik darah ke mamak ni, ciss punya mamak, wei kira balik berapa?” itu yang dilapaskan oleh seorang rakan aku ketika makan ptg di cheras, aku tidak menyedari kenaikan harga barang keperluan memberi impak yg begitu ketara dlm menguruskan perbelanjaan harian. Apabila aku membaca keratan akhbar pagi ini baru aku menyedari punca kenaikan harga barang keperluan adalah berpunca daripada krisis makanan dunia yang semakin meruncing.apa yang aku faham kenaikan harga makanan dunia berpunca kenaikan berterusan harga minyak mentah, percambahan ekonomi negara membangun,kejatuhan harga mata wang dolar ,permintaan terhadap barang keperluan bertambah sedangkan % pengeluaran barang keperluan masih lagi kecil dan keadaan iklim dunia yang tidak menentu. Kenaikan harga barang mungkin tidak memberi kesan terdadap yang besar mereka yang berstatus bujang akan tetapi ianya kesan bagi mereka yang sudah berkeluarga.Sedang aku asyik mendengar lagu cold play (fix u) sambil mencoretkan warkah ini aku melihat beberapa wanita dan gadis sedang enak menikmati makanan ruji (nasi + ayam goreng kak zah+ kuah pajeri nenas + syur kobis) sambil berbincang strategi-strategi bagaimana utk menjatuhkan pihak lawan dalam sukan antara bahagian,adakah mereka sedar makanan yang mereka nikmati telah mengalami perningkatan dari segi harga…emmm aku rasa mereka sudah merasa tempiasnya “ kak zah dah mahal la sekarang, ini pun dah dkt RM4.00 , aku rasa kak zah nak naik haji 2 kali setahun ni” tergelak jgk aku mendengarnya tapi aku harus ‘cover’ takut-takut mereka sedar percakapan mereka telah dirakam melalui penulisan..hehehe..walaupun harga telah naik mereka tetap menikmati hingga ke butiran nasi terakhir., aku terfikir bagaimana nasib negara islam yang miskin seperti magribi apakah tindakan mereka mengekang kanaikan harga makan ini ?. Jika aku jadi pedana menteri pening jugak otak aku memikirkanya. Bersyukurlah kerana aku tinggal di bumi Malaysia ini yang kaya dgn pelbagai jenis makanan. Bagi aku perbelanjaan harian utk masa akan datang wajib diatur bagi mengelakkan inflasi terhadap diri aku sendiri., aku berharap krisis makanan sedunia akan berakhir secepat yang mungkin.
Monday, April 14, 2008
Fikirkan bersama...
Ah Chin miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45.
die bayar then die dapat baki rm5.
die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
die tinggal rm3.
die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
so die hutang rm48.
die ade rm3 skarang.
rm48+rm3= rm51
kenapa boleh ade rm51? sedangkan die pinjam rm50.?
emmm.. fikirkan..