Thursday, January 15, 2009

Farhana - Jinbara

Kau hadir tika ku duka
Dalam cahya dikau menjelma
Kau hilang dalam gembira
Membuatkan ku terluka

Manis senyum mu bak puteri
Bumi kenyalang yang menawan
Termimpi-mimpi ku mencari
Siapa si cantik rupawan

Indah kumbang dari kuntumnya
Bagai bunga merah serinya
Jauh rindu dari cinta
Dalam mencari makna setia

Kau hadir tika ku duka
Dalam cahya dikau menjelma
Kau hilang dalam gembira
Membuatkan ku terluka

Farhana oh Farhana
Kau biarkan ku tersiksa
Menagih cintamu yang rahsia
Memberi makna segalanya

Farhan oh Farhana
Kau cantik tapi berbisa
Indah rupa mu tak terkata
Dek renungan sinar mata

Kau hadir tika ku duka
Dalam cahya dikau menjelma
Kau hilang dalam gembira
Membuatkan ku terluka

Farhana oh Farhana
Kau biarkan ku tersiksa
Menagih cintamu yang rahsia
Memberi makna segalanya

Farhan oh Farhana
Kau cantik tapi berbisa
Indah rupa mu tak terkata
Dek renungan sinar mata

tibe-tibe je lagu ni jadi sedap didengar...

Wednesday, January 7, 2009

...palestine... help us...



Maafkan aku ya allah, aku lemah dalam rakusan nafsu ..maafkan aku wahai roh-roh jihad Palestine! maafkan aku wahai anak-anak Gaza..hanya ini yang dapatku nyatakan..dan berikan..moga pengunjung blog sampaikan al-fatihah untuk yang pergi menemuiMu dan doa kemenangan untuk perjuangan anak-anak Gaza....

 

Jika engkau  tidak mampu memberi kuderat untuk menetang yahudi, gunakan kebijaksanaan engkau supaya tidak membeli barangan keluaran ini...

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

 

sumbangkan wang ringgit utk membantu Palestine dan  boleh disalurkan ke akaun

 

PALESTINE RELIEF FUND
Cheque payable to MERCY
MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053
You can also download our donation form. 
Download Donation Formpdf_button
For more information please contact 03-2273 3999 or email us at
info@mercy.org.my .

link ...http://www.mercy.org.my/main/index

Saturday, December 6, 2008

selamat hari raya aidil adha

ku ucapkan selamat hari raya aidil adha kepada mereka yang membaca blog hampeh ni...haha, semoga segala perkerjaan anda dberkati oleh yang maha esa..

Thursday, November 27, 2008

fikirkan sejenak

Hidup ini penuh dengan warna warni bertemu , bermesra dan berpisah , itu adalah lumrah dunia. Bagi mereka yang mempunyai ketahanan mental dan emosi , ini semua adalah dugaan yang sentiasa diharungi dengan ketakwaan. Pertemuan antara dua insan akan membuahkan sesuatu perasaan yang akan membawa kepada kebahagian atau kegagalan. Ini adalah antara anugerah yang tidak ternilai 'perasaan cinta'. Namum pencarian cinta pasti akan ada jiwa yang terpaksa dikorbankan antara mencintai orang yang kita cintai atau mencintai orang yang mencintai kita. Pilihan yang tepat pasti akan menuju kebahagian.Cintailah orang yang mencintai kita.Tidak semua apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan kerana itu semua adalah ketentuan allah, hanya tuhan tahu ape yang terbaik untuk kita semua, jika allah menjadikan seseorang bukan untuk kita , jangan kita tangisi ape yang bukan milik kita kerana allah telah menentukan sesuatu yang istimewa untuk kita yang sentiasa bersabar.Pertemuan dan perpisahan bukan milik kita .kita bertemu dan berpisah hanya kerana allah.

cintai ilahi itu yang abadi.

 

p/s jika terasa bosan membaca cuba dengar lagu 'pertempuran hati-netral' sound good...

Thursday, October 16, 2008

17 minit 32 saat...




  Dalam masa seringkas ini , aku berjaya menyiapkan logo utk kelab bola jaring awex-awex office aku, ringkas aje.. tapi tidak berapa susah.. nama pun wonder girl's.. diambil dari cerita wonder pets.. haha.. aku harap diorg akan terpegun melihat logo seringkas ini. kejayaan tidak akan dikecapi oleh team myvians girls..

Tuesday, October 14, 2008

aweks...

aku x tau ape yang mereka suka sangat neh...

awex-awex office aku.. 

setiap jalan akan ada penghujung...
setiap cahaya akan tiba malam gelita...
walau kita cuba mencari ape sahaja ...
pasti kita akan ketemu jua...
dimana kehendak disitu pengangan lurus manerangi kita..
sekian...

Sunday, October 5, 2008

haha.. sukanya aku..

selamat hari lahir utk aku...o5 oct..