Sunday, August 31, 2008

$@L@M RaM@daN



'Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa'.
Al-Baqarah ayat 183

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda maksudnya: “Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” (Hadith Qudsi Riwayat Muslim)

bermulalah perjuangan umat islam di bulan ramadan menahan nafsu daripada melakukan pekara-pekara yang mambatalkan puasa...bagi penghuni 52c kuala lumpur,akan sedaya upaya menyempurnakan ibadah yang diturunkan oleh yang maha kuasa.. selamat menyambut ramadan utk "aku punya family,saudara mara, fikirinlicinfikri, chot, faredoshi, bucitman, kamarulnbx, zul besi ,miss yaya,miss mona,miss nrul,miss faza ,geng jahat , smtk school , dan tidak lupa kepada mereka yang mambaca blog yang kadang-kadang update kadang -kadang tak update...

Thursday, August 21, 2008

sekali boleh tukar da..



Korang semua menukarkan nama My Computer dan Network Neighborhood, tetapi nama Recycle Bin tidak boleh tukar kan..haha.? boleh tukar sebenarnya … menggantikan nama Recycle Bin dengan menyunting Registry. Mula-mula, klik Start > Run, kemudian taipkan regedit lalu tekan Enter. Sebuah tetingkap Registry Editor akan muncul. Sekarang pergilah ke bahagian HKEY_CLASSES_ROOT,seterusnya turun ke bawah dan cari bahagian CLSID. Pastu klik dua kali pada bahagian CLSID itu dan kemudian pergi ke segmen yang bernombor seperti berikut {645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E} dan seterusnya pergi ke bahagian ShellFolder. Di sini korang akan melihat nilai Attributes yang dipaparkan dengan nilai binari 40 01 00 20. Klik dua kali pada Attributes yang terletak panel sebelah kanan dan sebuah tetingkap Edit Binary Value akan muncul. Kemudian tukarkan nilai 40 itu kepada 50 dan pilih OK. Nilai binari akan menjadi 50 01 00 20. Kemudian tutup Regedit dan kembali ke desktop . Kemudian, klik kanan pada Recycle Bin dan korang akan dapat lihat perintah Rename pada senarai perintah itu. Korang juga boleh mengklik pada Recycle Bin dan menekan kekunci fungsi F2 untuk mengganti namanya dengan nama yang anda inginkan. Haha.. selamat mencuba…